Misteri Ikan TapahIngatkah
lagi anda kepada cerita Tuk Kaduk? Tuk Kaduk, lagenda humor tempatan.
Di mana Tuk Kaduk, seorang pemimpin politik yang gemar bertaruh dalam
perlawanan melaga/sabung ayam. Beliau sanggup mempertaruhkan kawasan
jajahannya kepada Raja. Malah, sanggup bertukar ayam dengan lawannya
sendiri. Kesudahannya, Tuk Kaduk "menang sorak, tapi kampung tergadai".
Pernahkah
anda terfikir apa kesudahan cerita tersebut? Yup, selepas Tuk Kaduk tu
kalah dan tergadai kampung halaman, dia terus masuk dalam hutan dengan
rasa kecewa yang teramat. Kini Tuk Kaduk sudah papa kedana dan juga
kelaparan. Apakan daya, sudah kalah bertaruh. Akhirnya, Pak Kaduk
tertidur dalam keadaan lapar.
Tiba-tiba, Tuk Kaduk dikejutkan
oleh seekor makhluk berbulu. Apabila Tuk Kaduk terjaga, beliau mendapati
makhluk berbulu itu adalah seekor kucing hitam yang sangat comel.
Kucing itu seolah-olah ingin menunjukkan sesuatu kepada Tuk Kaduk. Lalu
beliau mengekori kucing itu.
Kucing hitam yang sangat cute itu
telah membawa Tuk Kaduk sehingga ke arah satu tebing sungai. Di situ,
Tuk Kaduk mendapati ada seekor ikan tapah terdampar cantik tepi tebing
sungai tu. Disebab beliau sudah lapar gile, Tuk Kaduk pun segera
mendapatkan ikan tapah itu.
Apabila Tuk Kaduk membelah perut ikan
tapah itu, alangkah terkejutnya beliau kerana di dalam perut ikan tapah
itu ada banyak emas!!!
Tanpa melengahkan masa Tuk Kaduk telah
mengambil semua emas di dalam perut ikan tapah itu, dan kemudian
menjahit semula perut ikan tapah itu. Ikan tapah tersebut telah dicampak
semula ke dalam sungai. Ketika itu, Tuk Kaduk telah bersumpah (orang
melayu pada masa zaman itu belum memeluk Islam) bahawa
keturunannya tidak boleh makan dan menyentuh ikan tapah ini.
Selepas itu, dengan emas-emas yang ada, Tuk Kaduk kembali ke pentas
politik ketika itu dan mengambil semula kawasan jajahannya (lebih kurang
macam Dato Seri Anwar Ibrahim make a come back gitu2).
Sehingga
kini, sumpahan terhadap keturunan Tuk Kaduk ini masih berkekalan. Di
mana keturunannya tidak boleh makan dan menyentuh ikan tapah ini.
Kononnya, jika mereka melanggar sumpah/pantang ini, mereka akan terkena
penyakit kulit yang bernama SEMALI iaitu pecah-pecah kulit berair dan
gatal-gatal. Di samping itu, kulit mereka akan melecur, sakit sendi dan
tulang.
Dalam satu kes yang pernah terjadi di mana salah seorang
dari anggota keluarga berketurunan Tuk Kaduk ini terkena air percikan
dari ikan tapah ni di pasar basah. Seperti tertera dalam lagenda,
penyakit kulit telah naik di kaki dia. Berminggu-minggu tidak boleh
sembuh. Akhirnya, dia terpaksa pulang ke Kampung di Lambor Kanan, di
mana emas Tuk Kaduk masih ada disimpan untuk tujuan perubatan. Emas Tuk
Kaduk direndam dalam air, dan air rendaman itu diminum dan disapukan ke
atas kulit itu. Beberapa hari selepas itu, kulit dia pulih...
Keturunan
Tuk Kaduk ini berasal daripada Lambor Kiri, Lambor Kanan, Bota Kanan,
Bota Kiri dan Pulau Tiga yang terletak di Perak Tengah. Di sinilah asal
usul keturunan aku.... herm...